Photobucket

Friday, March 25, 2011

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang dijaga rapi olehku selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkanku tersedar dari lena yang panjang. 

Emak telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah sedaya kudratku yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. 

Aku lebih bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah niatku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat expressionless face dan cool. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Seboleh-bolehnya aku melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? 

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang sebenar, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalilku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan dirimu mu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. 

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.

Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta Allah itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Insyaallah , aku akan cuba pertahankan janjiku ini.....amin...

Thursday, March 24, 2011

Ya Allah....

I'm not really sure dgn kesahihan video ini..
tapi sedikit sebanyak 
video ini telah menyedarkan
saya dan juga roommate saya
tentang sesuatu yang memang 
diluar jangkaan kite semua..
namun begitu 
adalah lebih baik seandainya kite mengambil iktibar
dengan apa yang telah ditayangkan..
kite semakin lalai dengan kehidupan duniawi
sehingga terkadang kite terlupa 
akan siapa diri kite

sebenarnya..
melalui video diatas dan juga kajian
para saintis it is not impossible if 
ada something yang bakal 
menggegarkan bumi ini..
dan seperti yang dinyatakan di dalam al Quran
ini semua pasti berlaku hanya tunggu masa dan ketika shj..
janganlah kite lalai dalam menjalankan 
tanggungjawab sebagai muslim d
di bumi Allah ini..

dan persiapkanlah diri kite dengan ilmu agama 
yang penuh di dada..
agar mudah untuk kite membezakan
yang mana yang di tuntut dan yang
mana yang ditegah
wallahu'alam...

Tuesday, March 22, 2011

Ketabahan hati adalah cahaya………


Disaat berbagai kesulitan dan kesukaran menimpa sesaorang sehingga ia merasakan kesempitan berlarutan, maka hanya ketabahan hati dapat menerangi hati sesaorang dan menjaganya dari putus asa. Ketabahan  merupakan petunjuk yang dapat menyelamatkan diri dari patah semangat. Ketabahan  merupakan sifat utama yang sangat dibperlukan oleh setiap insan dalam menhayati kehidupan di dunia dan agamanya. Semua pekerjaan dan cita cita harus berlandaskan ketabahan.
  
Mis_97.jpg 
Memperteguhkan ketahanan mental ,menghadapi persoalan yang tidak disukainya tanpa merasa terpaksa, sabar menunggu hasil perkerjaan dan perbuatannya, sanggup menghadapi macam- macam rintangan  biarpun beratnya  dengan hati yang bersih dari kebimbangan, dan dengan fikiran yang tidak mau tunduk kepada kesulitan. kita harus memiliki kepercayaan yang teguh dan bertekad mantap, tidak gelisah dan yakin cahaya  pasti akan tiba pada saatnya, menantikan perubahan keadaan dengan sikap tenang dan penuh keyakinan ,kebijaksanan mengandungi hikmah, pada segala ujian dan cubaan hidup

Allah telah berfirman surah Muhammad ayat 31: “ Dan sesungguhnya kami benar-benar hendak menguji kalian untuk kami ketahui siapa siapa diantara kalian yang berjihad dan tabah(sabar)"

Surah Al hadid ayat : 23: “supaya engkau jangan sedih kalau tidak mendapatkanapa apa supaya engkau jangan lupa daratan sekiranya mendapatkan dunia.”

Jadikan kehidupan ini bukan sebagai “rumah” kehidupan yang serba bahagia, mantap dan kekal. Jadikan Kehidupan dunia ini adalah “rumah” ujian dan cubaan. Dimana kita keluar dari satu ujian  kedalam satu ujian lainnya. Ibarat besi yang ditempa api kemudian dicelupkan  kedalam air.
 
Ujian yang berupa hal hal menyedihkan banyak sekali sebab disebaliknya  dimana kita dapat memahami kehidupan dan bertambah matang ,berpengalaman dan mempunyai pengertian kehidupan dengan berbagai-bagai ragam manusia. Masaalah suratan takdir yang terkadang menguji dan sebahagian lagi menempuh  cubaan yang mungkin mengakibatkan penderitaan, kepedihan yang terkadang  mengcekam jiwa. Sehingga terkadang merasakan kekecewaan. Olieh itu kita haruslah  berusaha sekuat tenaga untuk menempuh kehidupan didunia ini dan harus yakin bahawa diri kita sedang menyelami lautan yang penuh gelora dengan rintangan dan bahaya.

“Bersabar menahan diri dari kemewahan-kemewahan , sehingga kemewahan tersebut berlalu, lalu aku melatih diriku  bersabar, sehingga terbiasa, sehingga selalu dalam keadaan tenang dan tenteram, hati membawa jauh dari pengaruh-pengaruh yang selalu mengecewakan.“terkadang kita sendiri  tidak mengetahui apakah sesuatu kejadian itu berguna pada perkara2 yang disukai atau yang kita benci. 

Sahabat ambilah ikhtibar dan hikmah diatas apa yang berlaku @ menimpa diri sehingga kita terbiasa dengan perkara2 seperti itu dan bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku, insyaAllah kita akan biasa menghadapi segala dugaan dan cubaan tanpa patah semangat dan putus asa.”

Sunday, March 20, 2011

IMA SAYANG MAK...

Hidupku kini bukan lagi seperti dulu...
Dimana emak akan sentiasa ada..
Walau tiada disisiku namun ada didunia ini
Walau perhatiannya bukan la untukku seorg..
Namun itu sudah cukup membahagiakan
Kini aku kehilangan ratu hatiku..

Emak..
Ima x sempat nak ckp y ima syg mak lbh dr diri ima
Kan ima ckp
Ima sggp ganti tempat mak mase mak sakit dulu
Sbb ima syg sgt kat mak..
Mgkin mak x perasan
Sbb mak pon byk bg perhatian kat adk2 n kak long
Y bg mak x pandai berdikari
N mak katekan ima pandai berdikari so
Ima dapat kurang perhatian dr mak..
Sbb tu ima rapat ngan abah
Tapi ima tetap syg mak lbh dr segalanya

Sampai skrg..
Ima msh mengingati mak setiap hari
Ima x boleh nak lupakan mak..
Ima x sanggup tapi ima redha
Cuma ima rindu kat mak sgt2
Mse mak sakit dulu ima plg kurang jaga mak
Sbb abah nak ima masuk asrama
Pastu abz SPM ima dpt PLKN..
Blk je x sampai 1 bulan ima ngn mak
Mak dah dipanggil Illahi..
Mmg ima redha tapi ima tetap sedih
Setiap kali org cakap psl ibu diowg
Ima akan terasa..
Sbb ima rindu mak sgt2
Mase kat matrik
Leh dikatekan tiap2 malam ima nangis igt mak...
Ima rindu mak sgt2...
Mak ckp org lain rawat mak kasar
Tapi bile ima rawat mak
Mak kate ima lmbut sgt layan mak
Sbb ima x sampai haty tgk mak tahan sakit
Mase mak cakap ngan ima mak mimpi mak duk kat umah tepi pantai
N mak rase mak dah nak pergi
Waktu tu ima sedih sgt2..
Nape mak ckp psl mati
Sbb ima lom sedia..
Sume org y dtg ziarah suruh ima sedia dgn sbrg kebarangkalian
Tapi ima nafikan
Sbb ima x sedia lagi..
Tapi mak tetap pergi..

Ima masih igt lagi hari tu
3.30am ima bgn solat sunat
N bce al quran utk mak
Disebabkan letih ima terlena
Pastu feroz kejut kate nafas n nadi mak lmh sgt
Ima takot sgt waktu tu..
N perkara y ima takot tu tetap terjadi..
Mak pergi jua..
Ima rse cm ima hlg ½ drpd nyawa ima..
Walau kini hampir 2 tahun mak pergi
Ima masih lagi tetap akan nangis bile ima igt
N waktu berdoa utk mak..

Mmg ima redha tapi ima sering teringat wkt2
Sblm mak pergi..
Mak slalu nk abzkan mase ngn ima
Slalu tanye ape y terjadi ari tu..
Ape ima wat..
Sume mak tanye..
Rupe2nya mak tau mak dh nak pergi..
Cuma ima je x prihatin..
Maafkan ima mak..
Disebabkan ksdhn ima
Dgn problem di tmpt ima bljr
Ima slalu teringat kat mak
Sbb ima hlg tmpt nak citer cam dulu2
IMA x tau nk citer kat siapa..
kat sini ima senang je nangis
ima mudah tersentuh
kalo bab agama ima lagi tersentuh..
air mate ima mudah turun skrg ni..
hampir setiap hari ima nangis..
xde siapa y perasan..
ima sunyi mak..
bukan sunyi xde boyfriend mcm org lain
tapi ima sunyi sbb hidup ima kat sini
lain sgt..
tmpt ni terlalu bandar..
kat sini terlalu exposed ima takot sgt mak..
tapi kat siapa ima nk gtau sume ni????
ima jadi buntu..
cuma padaNya lah ima beritahu..


Ima akan sentiasa doakan kesejahteraan mak
Di sana..
Damailah mak di sana..
IMA SAYANG MAK SGT2....
Al-fatihah.......

BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

kini aku adalah si yatim
y tiada ibu untuk bermanja
dikala diri baru mengenal erti sebenar dunia
y tidak sempat untuk berbakti sepenuhnya
ketika ibuku itu masih bernyawa
tidak sempat untukku bertanya
bagaimanakah ibu mampu menjadi isteri yang
begitu tabah, penyayang, dan meletakkan ayahku
sbg yang terpenting dalam hidupnya..

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya. 
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa


Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi

Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

ketuhanan, Ubudiyyah
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi 
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf

Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua

Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

Saturday, March 19, 2011

Hati jangan dibiarkan lalai...

بسم الله الرحمن الرحيم
18/3/2011 adalah dinner bagi kami...dinner ini mmg banyak memorinya daripada yg manis hingga ke pahit...kami pelajar perempuan telah berjaya untk mempersembahkan drama kami yg diketuai oleh sye sendiri dgn jayanya...ini merupakan 1 usaha kami untuk saling mengingatkan rakan2 kami dan juga kami sendiri agar x terus hanyut dengan dunia ini..y menyedihkan hati sye adalah, ada hamba Allah swt ini y mana blh kami anggp pemimimpin kami suatu hari nanti y menyuarakan rasa x setuju hatinya...

sye sedih kerana sye rse drama kami x menyentuh langsung isu2 sensitif , hanye 1 peringatan utk kte semua..
malahan feedback y sye dpt dari kalangan pljr non-muslim pon positif..bahkan mereka turut tersentuh dgn drama kami..tapi kenapa saudara kami y ini terlalu takut akan hati2 org y bkn saudara mrk??????
apa y nak ditakutkan????malam itu hanye penuh dgn hiburan sahaja..apa input y kami dapat????
sbb itulah kami memilih utk melakonkan drama tersebut..kami muslimat sgt terbatas dlm melakukan ape2 aktiviti apabila ia ada melibatkan kaum adam..

kami harus menjaga batas2 kami..bkn macam kaum adam.. mereka blh bernyanyi, menari n macam2 lagi sdgkan kami wajib untk menjaga maruah kami y satu itu...MALU...itu y paling tinggi dlm diri kami y perlu kami ada..dan kami sangat berbangga kerana drama kami mampu menitiskan air mata segelintir rakan2 kami..ini membuktikan bahawa mesej kami kepada mereka dapat diterima...akhr kate..jgn lah kte terlalu lalai n takut utk memperlihatkan keindahan ISLAM kepada dunia...sbg pljr MEDIC y terlalu sbk, ini mrpkan usaha kami utk mngingatkan kte semua sbg tanda kasih sayang kami terhadap saudara2 kami..semua org tidak sempurna tapi kalo tiada org y ingn memulakannya, bagaimanakah akhirnya nanti...sama2 lah kite merenung diri sendiri..ini skdr perkongsian hati..insyaallah..
Wallahu'alam...

Allah telah berfirman kepada RasulNya SAW:
"Ingatlah Tuhan  di dalam hatimu dalam keadaan rendah hati dan takut, dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang lalai."     (Al-A'raf 205)

Allah telah melarang Rasul-Nya supaya tidak menjadi orang yang lalai , sebagaimana Dia melarang juga supaya tidak mentaati orang-orang  yang lalai itu atau mengikut jejak langkah mereka.


Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau turuti kaum yang Kami(Allah) lalaikan hatinya dari mengingati Kami.  Lalu ia tunduk kepada hawanafsunya, maka menjadilah urusannya itu sesia belaka (tidak berguna)."      (Al-Kahf:  28)


Seseorang itu dikira lalai: 
  • apabila dia membaca Al-Quran atau mendengarnya, tetapi tidak merenungkan maknanya atau mendalami maksudnya, tidak menurut perintah dan larangannya, tiada menurut nasihat dan teguran yang terkandung di dalam ayat-ayatnya. Hukumnya sama terhadap Hadis Rasulullah SAW.
  • apabila tidak mengingati mati dan tidak memandang berat tentang soal2 yang bakal berlaku sesudah mati.  Semua dipandang ringan, tiada perasaan takut terhadap hari pembalasan.
  • apabila tidak selalu mendampingi para alim ulama yang akan mengingatkannya akan Allah dan agamanya.  Para alim ulama juga akan menyedarkannya tentang hari-harinya yang berbaki, nikmat Allah yang sedang dikecapi di samping janji2 Allah serta ancamanNya. Jika sekiranya ada antara mereka tiada lagi, boleh lah kita merujuk kepada buku2 dan kitab2 yang mereka tinggalkan sebagai rujukan.

Kesimpulannya:
  1. jangan kita jadi orang yang lalai
  2. jangan ikut orang yang lalai
Apa jua urusan kalau tak bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya, maka urusan itu hanya sia-sia sahaja.  Kita berjaya mengaji sebanyak dua tiga surah sehari namun jika tak ambik berat untuk memahami apa yang Allah sampaikan melalui ayat-ayat-Nya itu, maka kita termasuk dalam orang-orang yang lalai.

Bila mendengar berita kematian, harus ingat yang kita juga akan menyusul mereka, cepat atau lambat sahaja.  Harus bermuhasabah diri, selidik betul2 apakah kita dekat dengan Allah, dekat dengan sunnah Rasulallah SAW.  Di samping itu kena pastikan kita selalu berdamping dengan orang-orang alim kerana kalau selalu ikut orang alim, InsyaAllah kita akan sering diberi nasihat dan akan sentiasa pula diperingatkan...maka InsyaAllah boleh mengelakkan kita dari jatuh LALAI....

Wednesday, March 9, 2011

UNTUKMU ADAM DAN HAWA

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.
Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.
Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa  berada dalam pegangan iman Adam.
Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.
Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.

Monday, March 7, 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga...


 


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 



Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)


Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga? 

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” 



Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”  


Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran. 

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”



Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
 

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". 


Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
.  



“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”. 

Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”. 
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. 

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan ISTERI RASULULLAH. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(Riwayat Al Bazzar)

  "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"... sesungguhnya bidadari itu ada di bumi...